sklss1.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : sklss1@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | KATA-KATA ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | SEJARAH | PIAGAM SEKOLAH | VISI & MISI | LOGO SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | DOA SEKOLAH | PANORAMA | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | ENROLMEN PELAJAR | KURIKULUM | HEM | KOKURIKULUM | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | BADAN PENGAWAS SEKOLAH | BERITA TERKINI | AKTIVITI | PENCAPAIAN PELAJAR | SURAT EDARAN | BUKU PELAWAT | PAUTAN | MARQUEE |

SEJARAH SEKOLAH


 




John Baptist de La Salle dilahirkan di dalam sebuah keluarga kaya di Reims 300 tahun yang lalu. Tinggal di Perancis dan merupakan anak pertama. Menamatkan pelajaran dalam bidang Teologi (dalam bidang Ketuhanan) dan diangkat menjadi paderi pada 9 April 1678. Dua tahun kemudian, beliau memperoleh ijazah dalam bidang kedoktoran dalam bidang teologi. Pada masa yang sama beliau menubuhkan sekolah untuk kanak-kanak miskin.
Dengan kesedaran untuk menolong orang miskin, beliau bersama rakan-rakannya mewujudkan satu rangkaian sekolah. Sehingga ke hari ini, Sekolah La Salle boleh dilihat di 80 buah negara di seluruh dunia.







Sekolah La Salle Sentul telah ditubuhkan oleh n Rev. Father Belet, seorang paderi dari Gereja St. Joseph, Sentul pada tahun 1948. Bangunan awal sekolah ini terdiri daripada bangunan kayu di sebelah gereja. Walaubagaimanapun setelah sekolah ini berkembang dan bilangan muridnya bertambah, Father Belet  dengan jasa baik Brother Joseph telah berjaya mendapat kawasan seluas 4 1/2 ekar untuk membina sebuah sekolah.

La Salle Primary School, Sentul telah dibina pada  5 Januari 1950 dengan bilangan muridnya seramai 129 orang. Brother Augustus merupakan guru besar pertama sekolah ini. Pada peringkat permulaan sebanyak 11 kelas telah diwujudkan.

Pada tahun 1963, bilangan muridnya telah meningkat kepada 1000 orang, jadi Sekolah Rendah La Salle kemudiannya dibahagikan kepada dua pentadbiran iaitu Sekolah Kebangsaan La Salle (1) Sentul dan Sekolah Kebangsaan La Salle Sentul 2.


Sekolah La Salle merupakan sekolah bantuan modal.


SENARAI NAMA GURU BESAR SK LA SALLE (1) SENTUL

BIL
NAMA
TAHUN PERKHIDMATAN
1.
REV. BRO. AUGUSTUS D'CRUZ
05.01.1950 - 31.12.1964
2.
REV. RROP. BERNARD JONES
01.01.1965 - 31.12.1975
3.
EN. KOK YEW WENG
01.01.1976 - 30.09.1981
4.
EN. LOUIS DANASAMY
01.10.1981 - 17.09.1986
5.
TUAN HAJI ALIAS BIN HAJI MUSA
18.09.1986 - 31.12.1986
6.
EN. ROBERT TEE SING
01.01.1987 - 16.03.1989
7.
EN. STEPHEN THEXIERA
01.06.1989 - 03.01.1992
8.
EN. MOHD NOH BUHARI
01.08.1992 - 16.02.1993
9.
TUAN HAJI RADZWAN BIN MOHD RAZALLI
17.02.1993 - 25.04.1996
10.
PN. ZABIDAH BT. ISMAIL
16.08.1996 - 16.08.1998
11.
TUAN HAJI SAMSURI BIN SALLEH
28.09.1998 - 01.01.2000
12.
EN. MOHD TAHIR BIN NORDIN
16.01.2000 - 15.05.2000
13.
PN. HJH ZAID BT IBRAHIM
16.05.2000 - 31.03.2004
14.
PN. NORIHAN BT. ADAM
01.04.2004 - 15.11.2010
15
PN. HJH JAMILAH BT. HJ ABDULLAH
16.01.2011 - SEKARANG



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: